Tuesday 17 August 2021

I'M BACK

Bismillahirrahmanirrohim...

Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yg aku kecapi sejak dari lahir lagi.

Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blogger, akhirnya aku kembali menulis.

Rindu nak meluahkan isi hati yang terpendam.

Pelbagai peristiwa yang terjadi dalam hidupku selepas kali terakhir aku menulis. Ada yang manis dan ada juga yang pahit untuk dikenang. Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dalam hidupku.

Antara kenangan manisku adalah:

1. aku berjaya posting di negeri berdekatan dengan negeri kelahiranku. Jadi aku boleh ulang alik balik kampung, tak ada lah jauh sangat, 5 jam je...😄

2. aku berjaya menghadiri majlis konvokesyenku dan ahli keluargaku sama-sama hadir meraikan hari bersejarah dalam hidupku. Aku rasa sangat gembira...😍😍

3. aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki kiriman Allah. Biarpun kami tak bercinta, tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusanku dalam membina baitul muslim.😊😍😘

4. aku dikurniakan seorang zuriat yang comel dan sihat. Pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang yang tak akan aku lupakan dalam hidupku. Kerana zuriatku yang comel tu lah, hidupku totally berubah 360 darjah.😆

Ikutkan banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan hingga tak tercatat di sini...Sampai saat ini, Allah masih izinkan aku bernafas dengan oksigen percuma di kala satu dunia sedang berhadapan dengan wabak covid 19 yang kian mengganas sehingga meragut ramai nyawa manusia...

Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat dan rezeki yang Kau kurniakan kepada kami. Jadikan kami hambaMu yang bersyukur...

Monday 13 July 2015

kembali...

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya, ak masih diberi nikmat iman & nikmat Islam...dan pada saat ini, ak masih diberi nyawa utk terus bernafas di bumi Allah...Allahu...betapa ramai yg telah "pergi" dan merintih mahu kembali ke alam dunia...betapa menyesalnya tidak menggunakan sepenuh peluang yg Allah bagi semasa hidup...

setelah sekian lama menyepi, akhirnya ak kembali utk menulis...segala apa yg telah terjadi, menjadi ibrah buatku utk terus menjalani hidup sebagai hamba Allah yg penuh dgn noda & dosa...

satu perkongsian kisah yg ingin ak ceritakan di sini menjadi asbab perubahan seseorang dalam hidupku...bkn sahaja 'dia' malah, org sekelilingnya...dan antaranya adalah aku...

kisahnya bermula bila 'dia' kehilangan org tercinta, suaminya...sungguh, kehilangan seseorang yg kita sangat sayang menjadi satu titik perubahan...ianya boleh menjadi ke arah +ve @pun -ve. dan 'dia' berubah menjadi seorang yg qawiyy... qawiyy dari sudut yg +ve...dan qawiyy itu juga menular dlm diri org sekeliling 'dia'...

Sesungguhnya setiap yg terjadi ad hikmahnya...pasti ada...dan hikmah kehilangan org yg 'dia' syg, 'dia' menjadi lebih dekat dgn Allah...dan 'dia' juga memberi peringatan pada shbt2 nya yg lain akan kehidupan di dunia hanya lah pinjaman semata2...

bersambung...

Saturday 15 September 2012

Dia pergi jua...

Innalillahi wainna ilaihirojiun...terkelu seketika bila ak dpt msj drpd clasmate ku...

"slm....farrah natiqah dah meninggal dunia...al fatihah..."

sungguh!xku sangka ajalnya da tiba...ak br je g mlwt farrah mse bln pose...hatiku kuat mengatakan farrah akan sembuh...xptus2 ak luahkan semangat kpd mak farrah yg farrah akan sembuh...ak tau farrah kuat hadapi semua ni...

Ya Allah, Kau tempatkan Farrah Natiqah di kalangan orang2 yg beriman...

Satu je ak terkilan sbb xsempat nk luahkan kpd farrah betapa ak bersyukur dan sngt2 berterima kasih kpd farrah sbb penah pinjamkan bahu tika ak betul2 down...

farrah jgk  yg pjuk ak...farrah yg belikan tisu utk ak lap air mata...farrah yg tenangkan ak tika hati ak betul2 terluka...farrah yg dgr mslh ak sbb kami hadapi mslh yg hampir sme...dan farrah penah jadi jiran ak...farrah slalu ajak ak g bilik dy..mkn2...farrah jgk tlong ak settlekan rumusan kehadiran...

bila bkak wall farrah, air mata x henti2 mengalir...bila baca blog farrah apatah lagi...

Al fatihah buat Farrah Natiqah...moga kau tenang dan damai di sana [xsanggup lg nk menaip...pandangan mataku makin lama makin kabur]


*masa Farrah da tiba...esk lusa masa ak pula...apakah aku bersedia??!!

Tuesday 14 August 2012


"LillahiTaala"
qasadkan dlm hati...stiap perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah Taala dan utk mencapai "mardhatillah"

  • ikhlaskan hati bila kita buat sesuatu perkara, bkn kerana ibu bapa, suami, anak2 @ mengejar keduniaan
  • buat sesuatu perkara berdasarkan perintah Allah mahupun sunnah Baginda s.a.w
  • jgn buat sesuatu perbuatan secara membabi buta
 carilah ilmu sebanyak mungkin dan beramal lah dengan ilmu yang diperolehi secara b'sanad/mutawatir


hablumina Allah...habluminan Nas
  • jaga hubungan dengan Allah
  • jaga hubungan sesama manusia :   
          1st : ibubapa
                 guru2
                 orang yg lebih tua
                 kanak2
                 saudara seIslam 


......solat......... Jaga Solat!

kerana solat itu
  •  tiang agama
  • mencegah kemungkaran
  • mendorong kebaikan
  • mendekatkan diri kepada Allah
  • perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah kelak
>>> jika x mampu tunaikan solat sunat, cukup lah khusyu' dlm solat fardhu 


Z.I.K.I.R....

rajin basahkan mulut dengan zikir tiap2 hari... xrugi pun...
  • istighfar
  • takbir
  • tahmid
  • selawat

kalam Allah

baca ayat2 cinta Allah sebanyak mungkin...
  • ada masa terluang, hafal kalam Allah...tadabbur firman 

bersambung
              

Friday 27 July 2012

aLhamDuLiLLah...

pertama kali menghadiri majlis pengislaman saudara baru, membuatkan ak terasa sebak & bersyukur...

bersyukur kerana ak dilahirkan dlm Islam dan sebak kerana b'tmbh lagi saudara baru yg kembali kpd fitrah...

betapa ak muhasabah kembali diriku, sejauh mana amalan ku since ak lahir lagi...


beruntungnya saudara baru kerana mereka diberi hidayah dan diibaratkan spt bayi yg baru lahir...tnpa noda n dosa...suci sgla fitrah...

*credit to http://paanzai.blogspot.com/2012/07/terlafaznya-syahadah-seorang-muallaf.html

doaku kpd saudara baru moga Allah terus menyuluh cahaya ke jln hidupnya hingga ke titian siratul mustaqim dan menjejakkan kaki ke syurga abadi...

begitu juga dgn insan yg lahir lg sudah b'gelar Islam, moga tidak persiakan fitrah azali yg Allah kurniakan...

Tuesday 6 December 2011

Sunah Rasulullah saw

lama memikirkan idea utk d curahkan dlm blog ni...

lantas, ak mengambil keputusan utk b'kongsi dgn teman2 pembaca mengenai sunnah Rasulullah...

sunnah Rasulullah y kita sedia maklum bahawa ianya merupakan perkataan, perbuatan, akhlak, ataupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah Rasulullah diangkat menjadi nabi.

oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sewajarnya mencontohi peribadi Rasulullah kerana setiap sunnah yg Rasulullah tunjukkan menjadi pahala bagi yg mengikuti serta mengamalkannya...

okeh, mari kita selusuri sunnah Rasulullah step by step....

sunnah Rasulullah yg akan saya kongsi d cni ialah adab makan...

semua org suka mkn kan?! dan of course kita memerlukan mknan utk meneruskan kehidupan, bak kata org "mkn utk hidup bknnya hidup utk mkn," betul x?


Perkara pertama yg Allah tegaskan tentang pemberian nikmat ini dlm firmannya; "...makan dan minumlah" yg bermaksud...mkn lah dgn senang hati...ini adalah nikmat dan pemberianKu...makanlah dan minumlah...

namun ada 2 syarat penting;

pertama, Allah SWT b'firman: "dan jgnlah kamu membazir..." yg b'mksud Allah melarang hambaNya drpd membazir

kedua, Allah menegah kita drpd mkn mknan yg haram

Nabi S.A.W tinggalkan byk sunnah b'kaitan dgn adab2 mkn.

sunnah baginda s.a.w yg pertama ialah membasuh tangan

kita sedia mklum, bila nk mkn kena basuh tangan...tp kita lupa basuh tangan adalah salah satu sunnah nabi s.a.w...bkn saje utk jaga kebersihan tp kita dh dpt phla free sbb amalkan sunnah nabi s.a.w...so, sape2 yg mls basuh tgn sblm mkn tu kena fikir 1000x sblm sentuh mknan...


lepas kita basuh tgn, kita disunatkan duduk dgn betul @ beradab dpn mknan...nabi s.a.w dduk dgn kedudukan iftirasy. dgn cara dduk spt ini Nabi saw b'mksud b'adab di dpn Allah S.W.T

sunnah seterusnya ialah baca bismillah...tau kan apa mksud bismillah tu??kalau ad yg x ingt ape mksd bismillah tu meh nk translate...yg b'mksud "dgn nama Allah yg Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang"

pastu baca doa mkn :

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan selain itu sy nk tmbh ckit..slain kita baca bismillah + doa mkn, kita tmbah lg satu doa iaitu :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
  
"Dgn nama Allah, akan t'halanglah segala sesuatu d bumi dan di langit, utk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Mengetahui"
Insya Allah, segala mknan yg msuk ke dlm perut kita tdk akan memudharatkan diri kita...

kdang2 kita t'lupa bc doa mkn kan?! biasa la manusia...xde yg xpenah t'lupa...so apakata kita baca doa ni bila t'sedar yg kita t'lupa bc doa mkn;

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ

Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya
sunnah Rasulullah seterusnya ialah makan dengan tangan kanan...

Sabda Baginda saw : "Wahai anak muda, bacalah bismillah, mkn dgn tgn kanan, mknlah apa y b'dekatan dgnmu."


bersambung...

karya ku...

alhamdulillah...

akhirnya, dpt ku create blog ku y kedua...

pengisian utk blog ke 2 lebih menjurus ke arah p'kongsian tinta...kerana blog ku yg pertama ku jadikan sbgai diary y hanya boleh dilihat oleh org2 t'tentu shja...

jadi, blog kedua ku jadikan public agar pengisiannya dpt ku kongsi dgn y laen...

akhir kalam, moga setiap tinta yg ku abadikan dlm blog ni menjadi buku amalan kanan yg akan ku terima kelak, i'ALLAH...

aku jgk mengharapkan respon dari pembaca y sudi singgah menjenguk blog ni agar menjadi loncatan bagiku utk improve kan lg diriku yg serba kekurangan...