Saturday, 15 September 2012

Dia pergi jua...

Innalillahi wainna ilaihirojiun...terkelu seketika bila ak dpt msj drpd clasmate ku...

"slm....farrah natiqah dah meninggal dunia...al fatihah..."

sungguh!xku sangka ajalnya da tiba...ak br je g mlwt farrah mse bln pose...hatiku kuat mengatakan farrah akan sembuh...xptus2 ak luahkan semangat kpd mak farrah yg farrah akan sembuh...ak tau farrah kuat hadapi semua ni...

Ya Allah, Kau tempatkan Farrah Natiqah di kalangan orang2 yg beriman...

Satu je ak terkilan sbb xsempat nk luahkan kpd farrah betapa ak bersyukur dan sngt2 berterima kasih kpd farrah sbb penah pinjamkan bahu tika ak betul2 down...

farrah jgk  yg pjuk ak...farrah yg belikan tisu utk ak lap air mata...farrah yg tenangkan ak tika hati ak betul2 terluka...farrah yg dgr mslh ak sbb kami hadapi mslh yg hampir sme...dan farrah penah jadi jiran ak...farrah slalu ajak ak g bilik dy..mkn2...farrah jgk tlong ak settlekan rumusan kehadiran...

bila bkak wall farrah, air mata x henti2 mengalir...bila baca blog farrah apatah lagi...

Al fatihah buat Farrah Natiqah...moga kau tenang dan damai di sana [xsanggup lg nk menaip...pandangan mataku makin lama makin kabur]


*masa Farrah da tiba...esk lusa masa ak pula...apakah aku bersedia??!!

Tuesday, 14 August 2012


"LillahiTaala"
qasadkan dlm hati...stiap perbuatan yang kita lakukan hanya kerana Allah Taala dan utk mencapai "mardhatillah"

  • ikhlaskan hati bila kita buat sesuatu perkara, bkn kerana ibu bapa, suami, anak2 @ mengejar keduniaan
  • buat sesuatu perkara berdasarkan perintah Allah mahupun sunnah Baginda s.a.w
  • jgn buat sesuatu perbuatan secara membabi buta
 carilah ilmu sebanyak mungkin dan beramal lah dengan ilmu yang diperolehi secara b'sanad/mutawatir


hablumina Allah...habluminan Nas
  • jaga hubungan dengan Allah
  • jaga hubungan sesama manusia :   
          1st : ibubapa
                 guru2
                 orang yg lebih tua
                 kanak2
                 saudara seIslam 


......solat......... Jaga Solat!

kerana solat itu
  •  tiang agama
  • mencegah kemungkaran
  • mendorong kebaikan
  • mendekatkan diri kepada Allah
  • perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah kelak
>>> jika x mampu tunaikan solat sunat, cukup lah khusyu' dlm solat fardhu 


Z.I.K.I.R....

rajin basahkan mulut dengan zikir tiap2 hari... xrugi pun...
  • istighfar
  • takbir
  • tahmid
  • selawat

kalam Allah

baca ayat2 cinta Allah sebanyak mungkin...
  • ada masa terluang, hafal kalam Allah...tadabbur firman 

bersambung
              

Friday, 27 July 2012

aLhamDuLiLLah...

pertama kali menghadiri majlis pengislaman saudara baru, membuatkan ak terasa sebak & bersyukur...

bersyukur kerana ak dilahirkan dlm Islam dan sebak kerana b'tmbh lagi saudara baru yg kembali kpd fitrah...

betapa ak muhasabah kembali diriku, sejauh mana amalan ku since ak lahir lagi...


beruntungnya saudara baru kerana mereka diberi hidayah dan diibaratkan spt bayi yg baru lahir...tnpa noda n dosa...suci sgla fitrah...

*credit to http://paanzai.blogspot.com/2012/07/terlafaznya-syahadah-seorang-muallaf.html

doaku kpd saudara baru moga Allah terus menyuluh cahaya ke jln hidupnya hingga ke titian siratul mustaqim dan menjejakkan kaki ke syurga abadi...

begitu juga dgn insan yg lahir lg sudah b'gelar Islam, moga tidak persiakan fitrah azali yg Allah kurniakan...